Friday, June 22, 2007

Isu Pemakanan

1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan
munculnya pelbagai jenis penyakit.

(a) Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.
- Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja
misalnya daging akan mengalami kekurangan zat garam galian dan vitamin
yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan.
- Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak
memakan makanan tanpa zat dan gizi makanan seimbang.
- Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu
sistem metabolisme badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan
vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan penyakit selsema dan penyakit
tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa
penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan
penyakit anemia.

(b) Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.
- Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehari atau terlalu
banyak sesuatu jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada
badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan
sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika
tidak dapat dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit.
- Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging
atau makanan laut boleh mengakibatkan penyakit 'gout' atau sakit sendi.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes
atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung.
Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit 'stroke' dan sakit
jantung atau kardio vascular.

(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh
membawa penyakit.
- Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka
memakan daging atau ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan.
Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan daging separuh masak.
- Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang
masih aktif. Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan
dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit dalam usus.
- Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang
mungkin membawa maut.

(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera
adalah tidak baik untuk kesihatan.
- Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti
daging burger dan lain-lain adalah tidak sihat.
- Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka
yang telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan
makanan import dalam tin ini untuk meninggikan status mereka.
- Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia umpamanya
bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah.
- Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati
mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang
keracunan makanan.


Faktor-faktor penyebab penyakit lain.

- Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang mengalakkan pembiakan
nyamuk aedes.
- Budaya hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa penyakit barah paru-
paru dan penyakit yang berkaitan dengan hati kita.
- Mereka yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal misalnya
homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan
pula mengalakkan wabak penyakit aids.
- Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu, diabetes pula
adalah berkaitan dengan keturunan.


2. Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

(a) Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin A.

(b) Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang
mengambil pil vitamin dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami
masalah kesihatan kerana kekurangan serabut dalam makanannya.

(c) Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu
badan. Jika seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan
mengalami gejala kekurangan vitamin berkenaan walaupun ia mengambil makanan
seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan
penurunan paras vitamin ini.

(d) Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang
tidak diperlukan oleh badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga
mengalakkan penipuan oleh penjual atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab.
Misalnya, pati ayam Brand's mengandungi terlalu sedikit pati berbanding dengan
harganya.

(e) Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia.
Pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan
badan. Kajian Prof. Irvin daripada Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan
kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan kombinasi
berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini
tidak diketahui (Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang
dihasilkan secara tindakbalas kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh
menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya.


3. Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.

(a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan
makanan - denda berat kepada pengeluar yang memberikan
penerangan palsu pada labelnya.

(b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna.

(c) Perubahan sikap doktor - menasihati pesakit tentang amalan
makanan seimbang dan bukan mengarahnya mengambil pil
vitamin.

(d) Masyarakat / media massa.

No comments: