Friday, June 22, 2007

Komputer

1. Manfaat teknologi komputer

(a) Kemajuan sistem pengurusan dan pentadbiran

- Ini kerana komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan
maklumat yang banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan
dikeluarkan dalam masa yang singkat.

- Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan masa, ruang dan tenaga
manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan sesebuah organisasi. Sebab
itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan komputer untuk
menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang berkaitan dengan
butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan pengurusan.

(b) Kemajuan sektor perindustrian

- Barang yang dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak
dan lebih cepat, tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan
keupayaan semulajadi manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju
yang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh.

- Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan.
Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang
dapat dilakukan oleh tenaga manusia.

- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja yang sukar dan
merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya robot yang
dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau menjalankan kerja-
kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.
Maka jelaslah bahawa penggunaan komputer merupakan asas untuk perkembangan
industri perkilangan.

(c) Kemajuan kesihatan

- Tujuannya untuk membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya
komputer boleh memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan
seterusnya mendiagnosis jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh
memberi maklumat tentang jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat
penyakit berkenaan.

- Dalam rawatan kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah
memberi sumbangan yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan.
Umpamanya bacaan denyutan jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh
dibuat secara serta-merta dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin
kejayaan sesuatu pembedahan dan keselamatan pesakit.

(d) Kemajuan sains dan teknologi

- Pelancaran satelit yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data
penting mengenai persekitaran bumi.Maklumat ini kemudian dianalisis dengan
segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat tentang
keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan. Ramalan
kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia
menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.

- Di samping itu satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat
memajukan sistem telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar
ke seluruh dunia dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara
sukan atau pertandingan disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.

(e) Kemajuan pendidikan

- Komputer merupakan alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat
menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi
dengan muzik dan gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik
pengajaran begini pasti akan menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.
- Komputer juga memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar
boleh mempelajari sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program
komputer yang disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan
peraturan pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di
mana-mana sahaja dengan berpandukan arahan itu.
- Satu lagi keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala
kesalahan yang dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan
serta- merta oleh komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat
ditingkatkan.


2. Kesan penggunaan komputer dalam pendidikan

(a) Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program
pembelajaran dengan bantuan komputer (CAI).

(b) Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian ke atas
masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar - meninggikan
produktiviti guru.

(c) Pendidikan jarak jauh.

(d) Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan pendidikan dan
seterusnya seluruh sistem pendidikan negara.

(e) Perpustakaan berkomputer.

(f) Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan mencari
maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.


3. Kesan-kesan negatif.

(a) Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan hilang upaya dan lekas
bosan bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.

(b) Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin menjadi.

(c) Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan
dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor.

(d) Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang mempunyai kuasa
memusnah yang besar.

(e) Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka yang
berkebolehan dan berkeupayaan meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.

(f) Komputer mengambilalih kerja orang ramai - pengangguran.

(g) Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para
generasi muda.


Soalan :

1. Negara-negara yang tidak menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang
ekonomi. Bincangkan.

2. Komputer menjamin kebahagiaan hidup manusia. Bincangkan.

3. Penciptaan komputer (alat mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan
dalam mewujudkan satu jenis tamadun manusia yang baru. Bincangkan.

4. "Komputer adalah lambang pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer
memainkan peranan penting dalam pelbagaibidangkehidupan seperti ekonomi,
pentadbiran, perubatan,perindustrian, pendidikan dan lain-lain. Tetapi jika
teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan pelbagai implikasi
negatif yang mengancam kehidupan.
Bincangkan peranan komputer dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.

No comments: