1. Usaha mengimport atau membawa masuk peralatan dan pengetahuan seperti
kemahiran, tatacara dan teknik asing demi meningkatkan daya produktiviti
industri tempatan.
2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor menyebabkan pemindahan teknologi.
(a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan lalu
membaiki kualiti hidup mereka.
(b) Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkan pemprosesan
data-data dan jentera-jentera seperti mesin menuai dapat
mempercepatkan pengeluaran hasil pertanian ataupun hasil perkilangan.
(c) Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan mengwujudkan
pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat membuat
kereta nasional Proton Saga.
(d) Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui pembaikan
atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui
teknologi pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation
(melalui projek Proton Saga)dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu
(melalui projek kereta nasional kedua), anak Malaysia mungkin muncul
menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai industri automobil di
rantau ini kelak.
(e) Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah keluaran
negara dieksploitasikan dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan
memprosesnya menjadi barang siap. Ini bukan sahaja membebaskan
negara dari pergantungan kepada barangan siap dari negara asing
malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan mengeksportnya.
(f) Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan infrastruktur
seperti jalan raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi,
bekalan elektrik dan sebagainya.
(g) Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai positif seperti
pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang eksport
yang baru kepada negara. Misalnya pengeksport kompenen-kompenen
kereta oleh kilang yang ditubuhkan untuk membekalkan komponen kereta
kepada PROTON.
(h) Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-
baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran
dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan
wawasan pertanian negara.
(i) Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor pertanian
misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah kekurangan
buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi
canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh
dalam perindustrian.
(j) Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri
rumahtangga dan membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang
lebih produktif seperti anak-anak atau buat kerja sambilan.
(k) Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan taraf
kesihatan rakyat.
(l) Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton Saga akan
mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk menerokai
kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan
dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.
Friday, June 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment