Friday, June 22, 2007

Penipisan Lapisan Ozon

Akibat penipisan lapisan ozon

(a) Kerosakan lapisan ozon boleh menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran
ultraungu yangmempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:

- Penyakit barah kulit seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom
mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.
Kajian membuktikan bahawa pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan
mengakibatkan pertambahan sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit.
Masalah ini lebih serius di negara-negara barat kerana kebanyakan
penduduknya berkulit putih yang lebih peka atau sensitif kepada pancaran ini.

- Penyakit mata.
Sekiranya seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia
akan menghidap penyakit katarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini
lebih teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu
membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran
ini.

- Sistem imunisasi.
Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem
imunisasi menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya
untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.

- Molekul asas kepada semua benda hidup.
Pancaran ultraungu C yang panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula
masih belum sampai ke bumi. Namun demikian, penyelidikan dalam makmal
menunjukkan ia boleh memusnahkan asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan
protein yang merupakan molekul asas kepada semua benda hidup. Jika kerosakan
lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti dijangka akan sampai ke bumi
dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.

(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor pertanian.

- Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja
mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses
fotosintesis.Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura
dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan
lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena
pancaran ultraungu.

- Kerosakan ozon juga menjejaskan industri pembalakan.
Pancaran ultraungu mengakibatkan tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih
panjang untuk membesar. Maka ini mengurangkan pengeluaran kayu balak dan
seterusnya menjejaskan ekonomi negara-negara yang bergantung kepada
industri pembekalan atau industri yang berasaskan kayu-kayuan.


(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.

- Mikroorganisma di dalam air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk
hidup. Yang demikian, plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat
peka kepada perubahan pancaran matahari.

- Jika mikroorganisma ini terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan,
lama-kelamaan ia akan mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan
untuk hidupan laut, akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu
menjejaskan sumber protein bagi manusia.


(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan CFC akan
menyebabkan kenaikan suhu dunia.

- Ekoran daripada perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5
darjah celcius sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan
sahaja mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair,
bahkan menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.

- Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut
akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-
kawasan rendah seperti Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika.


2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon.

(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.

- Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan
pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan
lapisan ozon.

- Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau
peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan
pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke
atmosfera.

- Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya
alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh
syarikat Interlink Corporation di Malaysia.

- Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan
tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.


(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
kloroflokarbon (CFC).

- Mencari dan memajukan bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC
dalam pelbagai industri tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam
sekitar adalah satu jalan yang terbaik.

- Jika tidak ada satu bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC
sebagai agen pembersih, dalam industri elektronik, pendingin dalam alat
pendingin udara dan agen pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa
bahan kimia untuk menggantikan CFC ini boleh diamalkan.

- Contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols lembut,
metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium
mungkin menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen
pendingin.

(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.

- Masalah pemusnahan lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama
antara semua negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.

- Badan pencinta alam sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan
konvesyen, persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang
mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara
langsung dalam mengatasi masalah ini.

- Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah
dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac
1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal
pengeluaran serta penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah
dipersetujui. Malaysia bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian
ini. Satu persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam
atmosfera telah diadakan di USM pada 20-23 Februari 1990.


(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.

- Pihak kerajaan boleh galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan
ganti.

- Mengadakan kempen dan pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya
dan langkah yang perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.

- Menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam
negara.

(e) Tindakan atau peranan sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.

- Galakan penggunaan bahan ganti keluaran CFC atau halon.

- Tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang
rosak merata tempat.

- Memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan
pemulihan.

1 comment:

next said...

mklumat yg mnarik