Monday, August 6, 2007

Kawal kolesterol aktiviti keluarga

Bersama Dr Azam Mohd Noortanyadoktor@bharian.com.my

SECARA umumnya ibu bapa tidak memikirkan mengenai kolesterol dan kesannya pada kesihatan kanak-kanak, sedangkan kadar kolesterol yang tinggi sudah diketahui menyebabkan masalah jantung, darah tinggi dan strok.Menerusi pelbagai kajian, dunia mengetahui masalah ini sebenarnya bermula sejak seseorang itu masih kecil.

Hanya baru-baru ini, kesan kadar kolesterol pada kanak-kanak diberi perhatian yang sewajarnya. Kewujudan kelompok kanak-kanak yang obes secara tidak langsung menyebabkan kadar kolesterol tinggi dikesan banyak berlaku. Disebabkan masalah kolesterol tinggi hanya timbul selepas beberapa tahun, ramai ibu bapa gagal mengaitkan masalah kolesterol dengan penyakit seperti serangan jantung, strok dan sebagainya.

Justeru, penting untuk ibu bapa mengetahui kadar kolesterol kanak-kanak lebih-lebih lagi jika ibu bapa juga mengalami masalah yang sama.Apa itu kolesterol?Kolesterol adalah sejenis bahan yang dihasilkan hati. Ia adalah sejenis lemak yang digunakan oleh sel badan untuk metabolisme. Hati menghasilkan kolesterol yang mencukupi untuk kegunaan badan. Kolesterol selebihnya dihasilkan menerusi pemakanan. Makanan seperti sayur, buah-buahan dan bijirin tidak mengandungi kolesterol tetapi makanan seperti berikut ini mempunyai kolesterol yang tinggi; kuning telur, daging, ayam, makanan laut dan makanan daripada hasil tenusu. Ada dua jenis kolesterol yang selalu diperkatakan, low density lipoprotein (LDL) dan high density lipoprotein l(HDL). LDL atau kolesterol jahat adalah kolesterol utama. Jika kadar LDL dalam darah tinggi ia boleh menyumbat salur darah terutama sekali salur darah yang membekal darah ke jantung dan otak. Di situ akan berlaku pembentukan plak yang keras. HDL atau sering dipanggil kolesterol baik mengangkut kolesterol yang berlebihan balik ke hati untuk disingkirkan. Kadar LDL yang tinggi meningkatkan risiko sakit jantung dan strok. Secara keseluruhannya, kadar kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan. Faktor yang menyebabkan kadar kolesterol tinggi.
Diet/pemakanan
Keturunan
Obesiti
Tekanan darah tinggi
Merokok
Kencing manis Jika anak anda aktif, memakan makanan yang sihat, tidak mempunyai ahli keluarga dengan masalah kolesterol dan tidak gemuk, secara umumnya anda tidak perlu bimbang. 10 cara untuk mengurangkan kadar kolesterol keluarga
Uji kadar kolesterol keluarga
Baca kandungan makanan supaya kandungan makanan berkolesterol tinggi dapat dikurangkan. Secara umumnya pengambilan kolesterol mesti kurang daripada 300 milligram sehari.
Makan makanan yang kurang lemak. Contoh, buah-buahan, sayuran dan dadih yang kurang kolesterol.
Gantikan daging merah dengan makanan seperti ayam, ikan, kekacang, tofu dan produk kacang soya.
Kurangkan pengambilan mentega atau majerin
Kurangkan makanan yang segera (sedia dimakan)
Elakkan mengambil minuman soda atau buah-buahan bergula
Makan makanan yang disediakan di rumah
Bersenam
Jadikan kawalan kolesterol sebagai aktiviti keluarga.

No comments: