KUALA LUMPUR 2 Ogos – Seorang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) ditemui mati dengan tangan terikat dan kesan jerut di leher di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 1, Bandar Mahkota Cheras di Kajang dekat sini hari ini.
Mangsa, Tang Lai Meng, 20, yang berasal dari Menglembu, Perak dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nizam berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mati setelah dijerut menggunakan sarung bantal.
Beliau berkata, mangsa ditemui terbaring di atas katil di sebuah bilik di tingkat atas rumah itu oleh polis peronda yang melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima panggilan daripada jiran mangsa.
“Polis menerima panggilan pada pukul 12 tengah hari daripada jiran mangsa setelah mengesyaki sesuatu mencurigakan berlaku di rumah itu.
“Ketika ditemui, sarung bantal yang digunakan bagi menjerut mangsa masih berada pada leher mangsa,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Rosli memberitahu, mangsa dipercayai bergelut dengan suspek berdasarkan kesan lebam di badan mangsa.
Jelasnya, mangsa dipercayai tinggal di rumah tersebut sejak tiga bulan lalu.
“Polis masih menyiasat sama ada ia dilakukan oleh kenalan mangsa atau orang yang tidak dikenali.
“Kesan tingkap diumpil di bahagian belakang rumah itu mungkin taktik bagi mengaburi polis supaya mengatakan ia dilakukan oleh orang yang tidak dikenali mangsa,” katanya.
Beliau menambah, polis masih menyiasat maklumat jiran mangsa yang mengatakan suspek dilihat berada bersama dengan seorang lelaki yang menaiki kereta Toyota Vios beberapa hari sebelum kejadian berlaku.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi dibedah disiasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment