Oleh Hafizah Iszahanid
KEBAIKAN menyusukan bayi sendiri memang sudah diketahui sejak dahulu lagi. Bagaimanapun, kehadiran pelbagai jenama susu formula di pasaran dan promosinya yang hebat sedikit sebanyak menenggelamkan kebaikan susu ibu. Susu ibu adalah imunisasi pertama bayi. Ia membekalkan antibodi yang melindungi bayi daripada pelbagai masalah pernafasan biasa dan penyakit usus. Selain itu, susu ibu mengandungi sel imun hidup. Susu pertama (colostrum) diperkaya dengan komponen yang meningkatkan imuniti dan melindungi usus bayi.
Selain antibodi, susu ibu adalah ramuan terbaik untuk merangsang tumbesaran bayi daripada jumlah komposisi lemaknya, laktosa, air dan asid amino untuk proses pencernaan serta pertumbuhan minda bayi.Susu ibu juga membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Justeru, tidak hairanlah mengapa bayi yang diberi susu formula biasanya berhadapan dengan masalah jangkitan telinga tengah, pneumonia dan masalah saluran perut serta usus.
Malah, bayi yang menikmati susu ibu mendapat perlindungan daripada terjadinya barah sistem imun seperti barah limfa, penyakit usus dan arthritis rheumatoid kanak-kanak. Secara saintifik, daripada tiga bulan kehamilan, tubuh wanita menghasilkan hormon yang menstimulasi pertumbuhan kelenjar susu dalam sistem payu dara.Antaranya progesterone yang mempengaruhi saiz sel kelenjar (alveoli) dan lobe (lobus). Tahap progesterone akan menurun sebaik kelahiran. Selain itu, hormon estrogen pula berfungsi menstimulasi sistem kelenjar susu yang membesar. Seperti progesterone, tahap estrogen juga jatuh selepas kelahiran dan kekal rendah pada bulan pertama penyusuan. Oleh itu, wanita yang baru bersalin dinasihatkan tidak mengambil pil pencegah kehamilan berasaskan estrogen.Aveoli pada payu dara adalah bahagian yang menghasilkan susu. Penghasilan susu akan bertambah disebabkan penurunan hormon progesteron, biasanya antara 30 hingga 40 jam selepas bayi dilahirkan.Ketika itu, hormon yang menghasilkan susu (prolaktin dan oksitosin) akan dihasilkan secara semula jadi. Ia akan bertindak balas apabila bayi mula menghisap puting. Hormon prolaktin membuatkan ibu berasa lebih tenang dan mengantuk. Tahap prolaktin mestilah sentiasa tinggi bagi membolehkan aveoli menghasilkan susu. Begitupun, walaupun tahap prolaktin tinggi tetapi kadar penyusuannya kurang, penghasilan susu akan terhenti dalam satu jangka masa. Ia tidak akan terhenti selagi ada stimulasi. Ada beberapa sebab lain menjelaskan kegagalan seseorang wanita itu menghasilkan susu yang mencukupi. Antaranya mungkin posisi bayi yang tidak betul ketika menyusu, penggunaan ubat-ubatan tertentu termasuk pil perancang keluarga, penyakit dan dehidrasi.Bagaimana mengekalkan tahap prolaktin yang tinggi?
Bayi diletakkan dalam kedudukan yang betul pada payu dara. Bayi juga tidak diberi puting tiruan yang boleh mengelirukan bayi dalam penyusuan
Bayi diberi penyusuan susu ibu sekerap yang dikehendaki
Bayi diberi penyusuan susu ibu selama yang diperlukan
Penyusuan bayi pada waktu malam akan merangsang pengeluaran hormon prolaktinDari sudut emosi, menyusukan bayi memberi peluang ibu dan bayi berkomunikasi dengan lebih intim. Dari sudut kewangan pula menyusukan bayi tentu saja lebih menjimatkan wang. Bagaimanapun, hari ini kebanyakan ibu bekerja, penyusuan secara eksklusif biasanya terhad dalam tempoh 60 hari.Selepas cuti bersalin tamat, bayi akan mula menerima susu formula yang berselang seli dengan susu ibu. Ia bukan satu masalah kerana susu masih boleh dipam dan disejatkan sebelum diberikan kepada bayi mengikut jadual.Selain pelbagai kelebihan pada bayi, sebenarnya menyusukan bayi juga memberi pelbagai kelebihan kepada anda sebagai ibu. Antaranya:
Membantu ibu menurunkan berat badan dengan cepat tanpa perlu mengehadkan pengambilan kalori
Membantu mengecutkan rahim dan mencegah masalah pendarahan berlebihan selepas bersalin
Melambatkan pusingan haid. Tanpa menyusukan bayi, wanita akan kembali didatangi haid dalam tempoh enam hingga lapan minggu selepas bersalin. Bagaimanapun, jika anda menyusukan bayi, kadangkala kedatangan haid tertentu untuk tempoh beberapa bulan malah ada yang setahun.
Mengurangkan risiko barah payu dara, barah ovari dan osteoporosis
Mengurangkan risiko kemurungan (gila meroyan) ~ sumber transitiontoparenthood.comBank Susu ManusiaDi negara Barat, kempen menyusukan bayi dilakukan lebih agresif. Malah, jika ibu tidak mampu menyusukan bayi, mereka masih boleh memberikan anak mereka ‘susu manusia’ menerusi skim bank susu manusia.Di Amerika Utara, bank susu manusia adalah perkhidmatan yang dibuat secara terpilih. Penderma akan ditapis dan diproses sebelum boleh mendermakan susu. Kebanyakan mereka tidak memiliki pertalian darah dengan bayi.Ketika ini ada 11 bank susu di Amerika Utara. Kebanyakan bank ini ditempatkan di hospital manakala selebihnya dijalankan badan bebas. Mengikut kenyataan bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), makanan terbaik untuk bayi yang tidak boleh menyusu daripada ibunya ialah susu ibu lain yang sihat. Atas dasar itu, ‘bank susu manusia’ halal di negara berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment